GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengesahkan bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra dan adik perempuannya Yingluck Shinawatra berada di negeri ini dan pihaknya menugaskan beberapa anggota untuk mengiringi mereka atas faktor keselamatan.
Ketua Polis negeri Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata penugasan mengiringi kedua-dua individu itu dilakukan kerana mereka dikenali ramai dan orang berkepentingan memandangkan kedua-duanya adalah bekas perdana menteri negara jiran itu.
"Kawalan keselamatan itu diberikan kepada mereka kerana bimbang kemungkinan jika ada pihak yang (mempunyai) niat tidak baik terhadap mereka.
"Kami polis menjalankan tugas demi keselamatan, tiada isu lain dan saya rasa isu tersebut tidak perlu dipolitikkan kerana polis hanya menjalankan tugas dalam aspek menjaga keselamatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku ke atas Thaksin dan Yingluck, semua pihak akan menyalahkan atau menunding jari kepada polis kerana gagal menjaga keselamatan orang awam dan pelancong yang datang ke negeri ini.
"Saya jaga Pulau Pinang, oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan keselamatan di sini terjamin. Jika jadi apa-apa, siapa yang akan dicari dahulu, mesti polis," katanya.
Dua hari lepas, gambar Thaksin dan Yingluck tular di media sosial yang menunjukkan mereka berada di beberapa lokasi popular di Pulau Pinang untuk menikmati makanan dan berjalan-jalan.
Yingluck dalam cacatan Facebooknya turut memuat naik 16 keping gambar semalam dan dalam hantaran itu, beliau dan abangnya juga dilihat menikmati pelbagai jenis makanan tempatan.
Dalam catatan itu, Yingluck berkata ini merupakan lawatan kedua beliau ke Pulau Pinang selepas sekian lama akibat penularan COVID-19 dan turut mengambil gambar dengan beberapa mural dan seni lukisan dinding yang terkenal di Lebuh Armenian.
Pasangan adik-beradik itu hidup dalam buangan selepas digulingkan dalam rampasan kuasa tentera.
Thaksin dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 2001 dan digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006 selepas dituduh terbabit dalam rasuah dan tidak menghormati sistem beraja negara itu.
Yingluck pula adalah Perdana Menteri wanita pertama Thailand dan berkhidmat mulai 2011 hingga 2014 sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa, namun bertindak melarikan diri dari negara berkenaan selepas berdepan tuduhan kecuaian menjalankan tugas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
Kawalan keselamatan itu diberikan kepada Thaksin dan Yingluck kerana bimbang kemungkinan jika ada pihak yang (mempunyai) niat tidak baik terhadap mereka.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
AWANI Ringkas: PM hadiri Persidangan Nikkei
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [22 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel
Video tular memasak di stesen minyak: Empat individu mengaku salah
Penumpang SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua tangkapan dibebas tanpa syarat
Tangkapan yang dibebaskan ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pelajar IPT yang ditangkap pada hari kejadian.
Pelbagai sektor sumbang pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur muncul bandar raya terhebat
Bidang penting lain antaranya pembuatan, teknologi dan perkhidmatan turut berperanan sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi di Kuala Lumpur.
Thaksin buat penampilan umum pertama sejak dibebaskan dari penjara
Ia merupakan penampilan umum pertamanya sejak dibebaskan awal daripada hukuman penjara kerana rasuah dan salah guna kuasa.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dibebaskan dengan parol
Thaksin meninggalkan hospital pada 6.06 pagi Ahad, di mana beliau berada sejak mahkamah menjatuhkan hukuman penjara terhadapnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bekas PM Thailand Thaksin diberi parol - Menteri Kehakiman
Menteri Kehakiman Thailand Tawee Sodsong mengumumkan bahawa bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra telah diberikan parol.
Thaksin berhadapan pendakwaan hina raja
Thaksin Shinawatra didakwa menghina monarki, kata seorang pegawai pada Selasa, hanya beberapa minggu dari kemungkinan pembebasan parolnya.
Thaksin layak mendapat parol bulan depan
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Sitthi Sutivong berkata berdasarkan kriteria, Thaksin layak mendapat parol khas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun
Raja Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.
Thaksin kemuka permohonan pengampunan diraja
Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sudah mengemukakan permohonan pengampunan diraja.
Bekas PM Thailand Thaksin Shinawatra dimasukkan ke hospital
Thaksin mengalami sakit dada, tekanan darah tinggi, tahap oksigen rendah dan insomnia ketika ditahan di wad.